Dimensi utama kesedaran diri yang
pertama ialah kesedaran tentang fikiran
dan kritikan orang lain terhadap diri sendiri. Seseorang itu perlu
menyedari bahawa cara-cara perlakuannya dapat mempengaruhi orang lain. Selain
itu, fikiran dan pandangan orang lain terhadap seseorang itu amat penting.
Kebiasaannya, seseorang individu itu cenderung menganggap pandangan orang lain terhadap
dirinya ialah gambaran dirinya. Namun demikan, pandangan dan fikiran orang lain
terhadap seseorang itu adalah berdasarkan pengaruh kelakuannya terhadap orang
lain. Melalui reaksi yang diberikan oleh orang lain terhadap diri seseorang
itu, dia dapat melihat dan memahami diri sendiri dan membuat perubahan atau
pembetulan terhadap personalitinya.
Dimensi utama kesedaran diri yang
kedua ialah kesedaran terhadap fikiran
dan perasaan sendiri. Seseorang itu perlu memahami dan mengetahui punca
pemikiran dan emosinya sekiranya berasa tidak selesa dalam hati. Hal ini
demikian kerana pemikiran dan emosi diri sendiri amat mempengaruhi kelakuan dan
kerja seharian seseorang itu. Jika tidak mempunyai kesedaran diri terhadap
perasaan dan emosi sendiri, maka jiwa seseorang itu akan terganggu dan terlebih
berfikir. Selain itu, tanpa kesedaran diri, pemikiran seseorang itu akan
menjadi negatif dan menjadikan seseorang itu stres serta tidak dapat mencari
punca emosinya berlaku. Oleh itu, pentingnya kesedaran diri terhadap fikiran
dan emosi sendiri supaya dapat melangkah maju dalam kehidupan.
Dimensi utama kesedaran diri yang
ketiga ialah kesedaran untuk mengenali
dan memahami diri sendiri. Seseorang itu senang menunjukkan personalitinya
melalui tingkah laku dan emosinya. Kadang-kala tingkah laku dan bahasa yang
dikatakan adalah bukan maksud diri sendiri tetapi pada fikiran orang lain
adalah maksud yang lain. Maknanya, seseorang itu perlu ada kesedaran diri
bahawa keserentakkan kelakuan dan bahasa yang disampaikan supaya tidak
mengelirukan orang lain atau kurang selesa. Kesedaran diri ini memerlukan diri
seseorang itu mengetahui identiti, personaliti, dan keperibadiannya supaya
dapat menyedari niat hati yang sebenarnya dan menghasilkan suasana yang harmoni
dalam pergaulan.
Dimensi kesedaran diri yang keempat
ialah kesedaran tentang identiti dan
cita-cita sendiri. Seseorang itu akan memahami apa-apa yang ingin
dicapaikan pada masa depan dan mengetahui cara-cara untuk mencapai
cita-citanya. Sekiranya seseorang itu mengetahui apa yang diinginkan pada
depan, dia akan berusaha gigih tanpa berputus asa dalam arah menuju
cita-citanya. Kesedaran diri biasanya kabur apabila seseorang tu dalam usia
remaja. Fikiran mereka adalah senang dipengaruhi oleh orang lain dan
persekitarannya. Namun, apabila seseorang itu semakin dewasa, semakin jelas
fikiran dan minda dalam kesedaran dirinya justeru mengamalkan kesedaran dirinya
dalam menembusi kehidupannya. Maka, kelakuan, fikiran, perasaan, cita-cita dan
sifat seseorang itu akan berubah apabila mempunyai kesedaran diri yang tinggi.
KV MIRI
CIKGU SIEW
16 JULAI 2018
No comments:
Post a Comment