Pengurusan masa yang cekap dan baik memerlukan
langkah-langkah yang bijak. Antara caranya adalah dengan mengurangkan masa terluang (reduce
time wasting). Untuk mengurangkan masa terluang, seseorang individu
perlu merancangkan satu jadual waktu seharian. Perancangan jadual aktiviti
harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk
bersama diri sendiri, keluarga dan Tuhan. Pengurusan masa yang berjaya
bermaknanya berjaya menguruskan kehidupan seseorang itu dan mengurangkan masa terluang
pada aktiviti yang tidak bermakna. Seseorang individu boleh memulakan kerja
yang terpenting pada awal pagi dalam perancangan jadual harian supaya seseorang
itu mempunyai masa terluang untuk aktiviti yang sihat dan bermakna.
Langkah
yang kedua adalah dengan menyediakan log
peribadi (prepare a personal time-log).
Penyediaan log peribadi merupakan satu pengurusan masa yang baik untuk
seseorang individu juga. Caranya adalah dengan menyediakan sama seperti diari
untuk diri sendiri. Log peribadi adalah lebih kepada pengaturan jadual waktu
seminggu yang dapat menggambarkan kehidupan seminggu itu. Contohnya dengan
penyediaan buku nota dan pensil, seseorang individu boleh mencatatkan
perkara-perkara yang telah dilakukan atau telah berlaku supaya dapat dilihat
dan membuat imbas kembali. Jika mendapati kekurangan, seseorang itu dapat
memperbaiki dan membuat perancangan dengan lebih baik supaya dapat mengurus
masa dengan lebih cekap dan bijak. Maka, log peribadi juga merupakan satu cara
untuk membantu seseorang individu untuk mengurus masa dengan lebih baik.
Langkah
yang ketiga adalah dengan menyediakan
pelan tindakan (prepare an action plan).
Pelan tindakan menjadi landasan untuk organisasi bergerak. Seseorang individu
akan mengetahui tentang perkara yang patut disumbangkan untuk mencapai
matlamatnya. Selain itu, pelan tindakan juga dijadikan sebagai rujukan untuk
membentuk langkah-langkah pembetulan jika terdapat pelan pelaksanaan yang
didapati kesalahan. Di samping itu, pelan tindakan juga dapat membantu
seseorang individu mengenal pasti peluang dan persaingan dalam pasaran supaya
dapat meningkatkan kemampuan diri sendiri. Maka, penyediaan pelan tindakan
adalah dapat membantu pengurusan masa yang cekap dan bijak untuk seseorang itu.
KV MIRI
CIKGU SIEW
24 JULAI 2018
No comments:
Post a Comment