Kesedaran diri adalah penting dalam kehidupan
seharian. Salah satu kepentingannya adalah dapat membantu seseorang itu melangkah ke arah kehidupan yang lebih berjaya
dan bahagia. Hal ini demikian kerana seseorang itu mempunyai kesedaran diri
bahawa dia memang memahami keperibadiannya sendiri. Seseorang itu mesti
mempunyai cita-cita yang ingin dicapai dan berusaha gigih untuk mencapainya.
Seseorang yang ingin berjaya juga dapat melihat kekurangannya dan menerima
kritikan orang lain supaya dapat mempertingkatkan kebolehan sendiri. Malah,
seseorang itu dapat membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang sewajarnya. Selain itu, kesedaran diri pada seseorang itu amat
penting untuk menjamin kesejahteraan
keseluruhan. Kesejahteraan keseluruhan yang dijamin dapat membantu
seseorang itu memberi perhatian dengan lebih baik terhadap perkara semasa dan
mengelakkan daripada berfikir banyak. Seseorang itu akan menerima persekitaran
yang sedang dihadapi dan tidak menolak realiti yang pahit untuk memajukan diri.
Kebiasaanya seseorang yang mempunyai kesedaran diri mempunyai kesabaran yang
tinggi dan toleransi yang tinggi. Hal ini demikian kerana dia bukan sahaja memahami
situasi diri sendiri, malah juga orang lain. Maka, kesedaran diri ini dapat
memperluas hubungan yang baik dengan orang lain justeru menjamin kesejahteraan
keseluruhan dalam kehidupannya. Di samping itu, kesedaran diri penting pada diri
seseorang dapat menjamin kesihatan
mental. Seseorang yang tidak mempunyai kesedaran diri dan sifat negatif
dalam kehidupannya adalah senang terjerumus dalam kemurungan yang boleh
menyebabkan stres padanya. Maka, sekiranya seseorang itu stres, kemungkinan
besar diri seseorang itu akan salah guna dadah dan menghancurkan masa depan.
Satu kemungkinan lagi ialah stres akan menjejaskan pemakanan seharian kerana
berasa resah. Maka, pengamalan kesedaran diri itu penting supaya dapat
menyihatkan mental seseorang itu untuk bermaju jaya. Bukan
itu sahaja, kesedaran diri penting kerana dapat membina keyakinan diri dalam
pergaulan seharian malah juga dalam melaksanakan tugasannya. Seseorang yang
mempunyai keyakinan diri adalah mampu menyesuaikan diri apabila berhadapan
dengan orang lain dan persekitaran. Seseorang yang berkeyakinan diri mampu
menghadapi cabaran semasa dan meningkatkan kemahiran sendiri. Pergaulan
seharian turut akan menjadi lebih senang dan mudah mesra dengan orang lain
kerana seseorang itu mengenali dan memahami keperibadian diri.
KV MIRI
CIKGU SIEW
6 JULAI 2018
No comments:
Post a Comment