Seseorang mempunyai sifat positif akan mempunyai
ciri-cirinya tersendiri. Antaranya adalah bermatlamat besar dan mempunyai
cita-cita yang tinggi. Apabila seseorang itu mempunyai matlamat dan cita-cita
yang ingin dikejar, dia akan berusaha gigih untuk mencapai cita-citanya.
Apabila menghadapi masalah atau kekangan, seseorang itu tidak mudah berputus
asa, malah dia akan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
kekangannya.
Selain itu, seseorang yang bersifat positif akan
mempunyai ciri belajar daripada kesilapan. Apabila seorang itu menghadapi
kegagalan, dia tidak akan menyalahkan kekuranganya, malah akan berusah untuk
memperbaiki kekurangannya diri supaya dapat melangkah dengan maju.
Di samping itu, seseorang yang bersifat positif juga
mempunyai sifat berfikiran terbuka. Apabila seseorang berfikiran terbuka, dia
akan menerima idea orang lain dan juga menerima kritikan orang lain untuk
meningkatkan kemahirannya. Seseorang itu akan mendengar dan menghormati
pendapat atau pandangan orang lain terhadap diri sendiri atau sesuatu kerja.
Bukan itu sahaja, seseorang yang bersifat positif
akan mempunyai ciri pergaulan yang baik dengan orang lain. Seseorang itu
mempunyai komunikasi yang berkesan dengan orang lain. Hal ini disebabkan
seseorang itu menggunakan bahasa dan bahasa badan yang positif. Sifat ini amat
menyenangkan orang yang bergaul dengannya.
Seterusnya ialah ciri jujur, amanah dan
bertanggungjawab. Seseorang bersifat positif akan bersikap jujur, amanah dan
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasanya.
Seseorang itu juga akan mempunyai sifat toleransi yang tinggi terhadap
orang lain dan suka menolong orang yang menghadapi kesusahan. Kesimpulannya,
seseorang mempunyai sifat positif adalah
beriman dan tawakal kepada Tuhan. Ciri-ciri ini menjadikan seseorang itu
sentiasa berasa bersyukur, menikmati dan menghargai kehidupan yang seadanya.
Apabila seseorang itu berasa syukur, dia tidak bersikap tamak dan memperoleh
sesuatu dengan cara yang tidak betul.
KV MIRI
CIKGU SIEW
6 JULAI 2018
No comments:
Post a Comment