Profesional
seseorang dapat dilihat dari segi kecekapan seseorang individu dalam
menyampaikan sesuatu tugasan. Bagi menyampaikan atau mengagihkan tugasan dengan
efektif, beberapa cara-caranya untuk mempraktikkan kemahirannya.
Yang pertama, aksi pencegahan (preventive
action). Seseorang individu perlu bertindak segera terhadap
permasalahan yang telah berlaku. Contohnya, seseorang majikan di salah sebuah
agensi pelancongan mendapati salah seorang pekerja kurang berkemahiran di
kaunter pertanyaan hadapan yang gagal memberi informasi yang tepat kepada
pelancong. Maka, majikan tersebut mengambil tindakan segera dengan menghantar
pekerjanya menjalani latihan dan pembangunan supaya dapat memperbaiki
profesionalnya.
Yang kedua, perancangan dan organisasi yang berkesan (effective planning and organizing). Seseorang individu yang
berprofesional akan membuat rancangan yang baik mengikut visi dan misi
syarikat. Rancangan yang baik akan memberi kesan yang positif kepada hasil dan
memberi keuntungan yang maksimun kepada syarikat jikalau kerja yang dilaksanakan
efektif dan efisien. Contohnya, seorang pengurus pemasaran perlu merancang
strategi-strategi yang berkesan apabila memasarkan produk yang baru dikeluarkan
supaya dapat memperoleh sambutan yang hangat dalam kalangan target pelanggan
mereka. Maka, perancangan tersebut bukan sahaja mendapatkan keuntungan maksimun
kepada syarikat malah juga mencapai misi dan visi syarikat tersebut.
Yang ketiga, tindakan pembaikkan (corrective
action). Tindakan pembaikkan ini adalah dengan membuat pembaikkan atau
baik pulih terhadap masalah yang tercetus. Segala kekurangan yang berlaku,
seseorang individu perlu menerima dan membuat perubahan atau pembetulan.
Contohnya, peneguran atau memberi nasihat apabila pekerja tidak melaksanakan
kerja dengan betul supaya pekerja itu dapat memperbaiki kelemahannya.
Yang keempat, berinovasi (innovation).
Apabila seorang individu melaksanakan sesuatu kerja, dia perlu mempunyai
fikiran luar kotak supaya dapat menyiapkan kerja dengan cekap dan berkesan.
Seseorang yang mempunyai fikiran luar kotak juga merupakan seorang yang
berkreativiti. Maka, kerja yang dihasilkan juga kreatif yang dapat menarik
minat dan tidak membosankan. Malahan, seseorang itu juga mampu melaksanakan
kerja dengan cara yang paling mudah dan cepat.
Yang kelima, kemahiran kepimpinan (leadership
skills). Kemahiran kepimpinan sangat penting kepada ketua kumpulan atau
pengurus syarikat kerana pemimpin ialah seorang ketua yang dapat membawa
pekerja-pekerja bawahan bekerja dalam suasana yang harmoni di samping juga
dapat mencapai misi dan visi syarikat. Pemimpin yang profesional akan
memotivasikan pekerjanya untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan memberikan
hasil kerja yang berkesan.
Yang keenam, kemahiran berkomunikasi (interpersonal
skills). Penyampaian tugasan yang cekap memerlukan kemahiran komunikasi
yang berkesan. Jika penyampaian maklumat berkeliruan, maka tugasan yang
disampaikan adalah kurang jelas dan hasilannya tidak akan mencapai kualitinya. Kemahiran
berkomunikasi yang berkesan merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari
untuk menyampaikan maklumat dengan cekap dan efisien. Contohnya, kemahiran
komunikasi amat penting untuk seorang majikan supaya dapat membahagikan dan
menyampaikan tugasan kepada pekerja dengan berkesan.
KV MIRI
CIKGU SIEW
16 JULAI 2016
No comments:
Post a Comment